Panduan Tempahan Fasiliti Pengangkutan

  S1 : Apakah jenis kenderaan yang boleh dipohon oleh pengguna untuk tempahan pengangkutan?
  J1 :

Beberapa jenis kenderaan disediakan untuk tempahan pelanggan.

1. Tempahan untuk pelajar :-

  1.1  13 buah bas panjang untuk 38  orang penumpang
  1.2  2 buah lori 3 tan
 

2. Tempahan untuk PTJ :-

 2.1 Beberapa perdana V6 untuk pegawai dan tetamu Universiti
 2.2  Kenderaan lain seperti senarai untuk pelajar

       
  S2 : Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan tempahan pengangkutan?
  J2 :

Pengguna perlu mematuhi beberapa peraturan untuk mendapatkan tempahan kenderaan iaitu:-

  • Hubungi Pentadbir Sistem Pengangkutan di talian 6213/3885 untuk menyemak kebolehsediaan kenderaan (kekosongan tempahan) untuk membuat tempahan
  • Sekiranya ada kenderaan, sila login ke dalam sistem Fleet BETA yang boleh didapati di bahagian Perkhidmatan Online laman web Jabatan Pembangunan Kampus Kejuruteraan.
  • Sila hantarkan borang tempahan(yang dicetak dari sistem Fleet BETA) bersama Borang Transaksi Dalaman (Borang Q).
       
  S3 : Bagaimana untuk mengetahui status permohonan tempahan pengangkutan?
  J3 : Anda boleh menyemak status permohonan melalui emel yang akan dihantar oleh pentadbir sistem melalui sistem Fleet BETA.
       
  S4 : Apakah prosidur yang perlu dipatuhi apabila membuat tempahan pengangkutan?
  J4 : Prosidur yang perlu di patuhi:-
  • Login ke dalam sistem Fleet BETA. Sila klik pada Permohonan baru dan ikuti langkah-langkah tempahan yang disediakan. Sila rujuk Manual Pengguna yang disediakan di laman utama sistem Fleet BETA.
  • Waktu bermula perjalanan hanya seawal jam 5.30 pagi dan selewat jam 08.30 malam. (Perjalanan terlalu awal pagi dan lewat malam tidak digalakkan demi kesejahteraan pemandu dan penumpang)
  • Semua status permohonan akan diemelkan 2 hari sebelum perjalanan sebenar. Pembatalan tempahan mesti dimaklumkan kepada Pentadbir Sistem Fleet BETA.
  • Bagi perjalanan jauh pengguna dinasihatkan menyediakan wang kecemasan sebanyak RM250.00 untuk pembaikan sekiranya berlaku kerosakan yang tidak diduga.
  • Bagi perjalanan yang melebihi 2 hari ke atas pemandu adalah berkelayakan  mendapat pendahuluan diri pemandu.
  • Pemandu juga berkelayakan mendapat elaun –elaun seperti yang dinyatakan dibawah. Pengguna perlu menanggung segala  tuntutan elaun- elaun berikut :-
    • Elaun Makan  RM35.00  bagi  perjalanan  melebihi 24 jam
    • Elaun Penginapan RM30.00 bagi tuntutan  tanpa resit dan  RM80.00 bagi tuntutan beresit
    • Elaun Makan  RM17.50  bagi perjalanan melebihi 8 jam di luar stesyen
    • Tol disediakan oleh penempah
       
  S5 : Bolehkah tempahan dibuat pada saat akhir?
  J5 : Tempahan pada saat akhir tidak digalakkan. Tetapi bagi kes kecemasan perlu menghubungi pentadbir sistem Fleet BETA di talian 6213/3885.
       
  S6 : Bolehkah membuat tempahan untuk tujuan peribadi?
  J6 : Tempahan hanya diberi untuk urusan rasmi dan perkhidmatan bersifat kebajikan seperti menziarahi pelajar, staf dan keluarga terdekat yang ditimpa musibah.
       
  S7 : Bolehkah bas USM ditempah oleh organisasi luar?
  J7 : Status permit Bas Universiti hanya untuk membawa pelajar dan staf USM sahaja.
       
  S8 : Bolehkah bayaran tempahan kenderaan dibayar secara tunai?
  J8 : Semua bayaran perlu menggunakan Borang Transaksi Dalaman (Borang Q). Oleh kerana itu semua persatuan pelajar, terutama ahli jawatankuasa yang baru dinasihatkan segera membuka akaun di Jabatan Bendahari.
       
  S9 : Bolehkah memohon khidmat pemandu sahaja untuk tujuan memandu kenderaan sendiri sekiranya kenderaan USM tiada kekosongan?
  J9 : Pemandu di Jabatan Pembangunan hanya ditugaskan untuk memandu kenderaan rasmi Universiti sahaja.
       
  S10 : Bolehkah saya memberi maklumbalas terhadap perkhidmatan pengangkutan yang diberikan?
  J10 : Jabatan Pembangunan menghantar Borang Maklum Balas Pengguna kepada semua PTJ yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan kami pada setiap bulan. Sebarang ulasan dan komentar boleh dibuat melalui borang tersebut.