Panduan Tempahan Fasiliti Perabot SIPER

  S1 : Apakah SIPER ?
  J1 : SIPER adalah satu sistem aplikasi berasaskan web di Jabatan Pembangunan khusus untuk tempahan fasiliti perabot secara online.
       
  S2 : Siapa yang menguruskan sistem tempahan fasiliti perabot ini ?
  J2 : Anda boleh hubungi En. Ishak Ahmad bin Mazar Ali dan En. Mohd Yusoff bin Mahmud, telefon 04 – 6533298
       
  S3 : Berapa bilangan staf yang menjalankan tugas di bahagian perabot?
  J3 : Sembilan orang termasuk seorang penyelia.
       
  S4 : Apakah perkhidmatan yang diberikan?
  J4 :
  • Perabot sementara iaitu menguruskan segala tempahan perabot bagi sesuatu majlis atau upacara yang dianjurkan oleh PTJ dan organisasi di USM . 
  • Perabot Tetap iaitu permohonan perabot standard untuk keperluan PTJ.
  • Tempahan bunga berpasu sebagai hiasan upacara
       
  S5 : Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan?
  J5 :
  • Sila layari laman web Jabatan Pembangunan di http://dev.usm.my
  • klik pada logo SIPER
  • ikut arahan selanjutnya.

Anda masih boleh menghantar surat atau mengisi borang permohonan tempahan perabot secara manual yang boleh diperolehi daripada Bahagian Perabot, Jabatan Pembangunan Kampus Induk.

       
  S6 : Setelah tempahan dibuat melalui SIPER apakah yang perlu dilakukan oleh pengguna?
  J6 : Setelah tempahan dibuat pengguna perlu menghubungi penyelia bahagian perabot dan memaklumkan kepastian tempahan yang telah dibuat samada ingin diteruskan atau tidak. Kepastian begini masih diperlukan kerana fasiliti perabot yang ada terhad dan sebarang pengesahan kepastian dapat memanfaatkan kegunaan secara optima untuk semua pihak yang memohon.
       
  S7 : Bagaimanakah untuk memberi maklumbalas tentang prestasi perkhidmatan sesuatu tempahan?
  J7 : Setelah kerja-kerja penghantaran dan penyusunan dilakukan borang maklumbalas SIPER akan dihantar kepada pelanggan. Anda boleh memberi ulasan dan pandangan terhadap perkhidmatan.
       
  S8 : Bilakah permohonan tempahan perabot perlu dibuat?
  J8 : Tempahan perabot perlu dibuat 7 hari sebelum program dijalankan. Tempahan awal membantu Jabatan dan juga memudahkan semua pihak lain yang memerlukan tempahan.
       
  S9 : Bolehkah perabot-perabot ini digunakan untuk upacara di luar kampus Induk Universiti Sains Malaysia?
  J9 : Tempahan ke luar kampus tidak digalakkan.
       

Pentadbir SIPER En. Ishak Ahmad bin Mazar Ali boleh dihubungi di maishak@usm.my dan En. Mohd Yusoff bin Mahmud boleh dihubungi di dvmyusuff@usm.my